Apakah itu Pejabat Timbalan Perdana Menteri?

Pejabat Timbalan Perdana Menteri adalah pejabat rasmi bagi YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pejabat ini merupakan salah satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Misi utama pejabat ini adalah untuk memastikan persekitaran yang kondusif bagi Timbalan Perdana Menteri menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan.

Apakah alamat dan nombor perhubungan Pejabat Timbalan Perdana Menteri?

Alamat dan nombor perhubungan Pejabat Timbalan Perdana Menteri ialah:

Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri
Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62 502 Putrajaya

Nombor Telefon: 03-8888 1950

Nombor Faks: 03-8888 0035

Bagaimanakah cara untuk memohon mengadakan lawatan ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri?

Menulis surat secara rasmi dengan menyatakan tarikh, masa dan bilangan peserta yang turut serta di dalam lawatan tersebut dengan mengfaksimilikan ke nombor berikut 03-8888 0035 atau menghantar surat tersebut untuk perhatian:

Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri
Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri
Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62 502 Putrajaya

Bagaimanakah cara untuk mengemukakan surat jemputan, sokongan, cadangan, komen dan rayuan kepada Timbalan Perdana Menteri?

Surat tersebut boleh dikemukakan kepada:

Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri
Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri
Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62 502 Putrajaya

Pin It on Pinterest

Skip to content