Biografi YAB

Timbalan Perdana Menteri
YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail ialah Timbalan Perdana Menteri wanita pertama dalam sejarah Malaysia, merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Dr Wan Azizah berpengalaman selama 15 tahun sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan. Di peringkat negeri, Dr Wan Azizah pernah mencurah bakti berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang selama empat tahun. Dr Wan Azizah bertanggungjawab mengemudi Parti Keadilan Rakyat sebagai Presiden Parti selama 19 tahun. Beliau juga merupakan Presiden Pakatan Harapan sejak penubuhannya sehingga kini.

Pin It on Pinterest

Skip to content